BESAR, PANJANG, KERAS, TAHAN LAMA, GEBU, MONTOK, LENTIK & ANJAL

Monday 3 April 2017

TANGANI SERANGAN PANIK!!!

Serangan panik adalah serangan yang berlaku secara luar kawal dan juga secara tiba-tiba. Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia.

Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.

Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras.
Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.

Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung.
Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.

Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera.
Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi.

Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.
 

BERMINAT, TAIP:
"PROMOSI 2 BOTOL"
"PROMOSI 2 BOTOL"
"PROMOSI 2 BOTOL"
============
WhatsApp/SMS: +60122873723
WeChat: SupeRich912
FB: Saya Nak MLTGA Sekarang!
Web Rasmi: www.SICODEK.com


No comments:

Post a Comment

Ini Blog MLTGA Oil Plus