BESAR, PANJANG, KERAS, TAHAN LAMA, GEBU, MONTOK, LENTIK & ANJAL

Thursday 31 May 2018

Betul ke Anita Sarawak sakit kanser?


SELEPAS tujuh tahun hilang daripada radar dunia seni, khabar terbaharu mengenai Anita Sarawak kini dilaporkan sedang menjalani rawatan penyakit kanser di Kuala Lumpur.

Lapor Berita Harian, penyanyi yang popular dengan lagu Seksis itu dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Malah, ada beberapa artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya namun tidak diizinkan membuka mulut demi menghormati penyanyi itu.

Advertised by MLTGA

Wajah Kak Nita atau nama sebenarnya Ithnaini M.Taib, 66 tahun kini jauh berbeza hingga ada antara peminat sudah tidak mengenalinya.


Terdahulu, sumber mendedahkan Kak Nita telah menjualkan kediaman miliknya di Spring Valley, Las Vegas berikutan tersebarnya dokumen jual beli di Internet 31 Julai 2017.


Kemudian, Kak Nita dan suami, Mahathir membeli sebuah kediaman baru di lokasi sama dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

Bagaimanapun, pada tahun sama, seorang peminat wanita terserempak dengan Kak Nita bersama suaminya di sebuah restoran makanan segera terpencil di Ang Mo Kio, Singapura.


Advertised by MLTGA

Dikhabarkan juga Kak Nita sudah tidak mewarnakan rambutnya lagi, berwajah cengkung seperti orang sakit.

Kami di Astro Gempak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan diva pujaan ramai, Anita Sarawak. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

- Olahan oleh: Amri Hassan, Sumber: Berita Harian

Monday 21 May 2018

HUTANG MALAYSIA SUDAHPUN MELEBIHI TANDA ARAS RM1 TRILLION!!!.


HUTANG Malaysia Sudahpun Melebihi Tanda Aras RM1 Trilion Sekiranya Pinjaman Dijamin Putrajaya Diambil Kira, Kata Ahli Ekonomi.
 
Ahli ekonomi itu menjawab kenyataan terbaru dikeluarkan Perdana Menteri Najib Razak yang hutang Malaysia akan meningkat sehingga RM1.1 trilion sekiranya janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan tol ditepati.

Advertised by MLTGA

Najib mengatakan janji PH akan menyebabkan Malaysia menanggung hutang tambahan sebanyak RM416 juta disamping hutang semasa negara berjumlah RM685 bilion, seterusnya menjadikan hutang negara melebihi RM1 trilion.

Bekas ahli ekonomi Bank Dunia Dr Lim Teck Ghee, bagaimanapun, mengatakan ia hanyalah taktik “kejutan dan kagum” pilihan raya kerana hutang kerajaan persekutuan setakat September 2017 sudahpun hampir RM700 bilion.

“Dan ini tidak termasuk hutang jaminan kerajaan, termasuklah daripada 1Malaysia Development Bhd yang bernilai lebih RM200 juta,” kata Lim kepada The Malaysian Insight.


Advertised by MLTGA

“Malah jika hutang kerajaan persekutuan BN terus berkembang pada kadar serupa seperti mana dekad lepas, ia akan mencecah lebih RM1 trilion menjelang 2012; RM2 trilion pada 2028 dan RM3 trilion menjelang 2032 menurut anggaran yang boleh dipercayai,” kata CEO Pusat Inisiatif Polisi (Invoke) itu lagi.

Lim berkata walaupun perdana menteri dan pemimpin BN mempunyai hak untuk bertanya kesan kepada kewangan negara sekiranya GST dan sumber perolehan penting lain dihapuskan PH, beliau seharusnya mengutarakan kebimbangan itu terlebih dahulu kepada “kepimpinan dan kerajaan” pimpinannya.

“Memandangkan hutang yang perlu ditanggung generasi akan datang kerana keborosan, ketirisan dan salah tadbir kerajaan, banyak pihak merasakan amaran itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan dan kerajaannya terlebih dahulu,” kata bekas professor Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya itu.


Advertised by MLTGA

Tanpa mengambil kira pinjaman dijamin kerajaan, hutang kerajaan persekutuan sudahpun berkembang secara puratanya melebihi 10% daripada RM266.7 bilion pada 2007 kepada RM671.5 bilion pada 2017.

Ahli ekonomi bebas dan perunding kewangan Azrul Azwar Ahmad Tajudin pula mengatakan hutang kerajaan persekutuan sudah menghampiri 70% KDNK negara.

Malaysia menetapkan 55% had hutang kerajaan persekutuan.

“Jika kita tambah jumlah setakat penghujung suku ketiga 2017, hutang kerajaan persekutuan dan hutang jaminan kerajaan dalam penyata kewangan yang dipertanggungjawabkan masing-masing sebanyak RM687.430 bilion dan RM226.876 bilion, jumlah sebenar adalah RM914.306 bilion, tak jauh daripada batasan RM1 trilion. Ia menyamai lebih 70% KDNK,” kata Azrul.


Advertised by MLTGA

Ditanya mengenai sama ada hutang akan melebihi RM1 trilion dengan penghapusan GST dan tol, bekas ahli ekonomi untuk kerajaan Selangor itu mengatakan ia hanyalah “hutang hipotetikal” oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar.

“Ia hanyalah menurut kaedah penilaian yang hanya diketahuinya yang saya rasa adalah jumlah nilai keseluruhan tanpa mengambil kira penyeimbangan akaun dan mekanisma lain untuk mengekalkan harga yang rendah.”

Katanya, banyak pihak menimbunkan potensi kehilangan pendapatan kerana cadangan PH menghapuskan GST (RM45 bilion) dan duti eksais (RM2.4 bilion) dengan jumlah keseluruhan bon yang perlu diambil kerajaan persekutuan untuk mengambil alih konsensi tol (RM338 bilion menurut kaedah penilaian Kementerian Kewangan).


Advertised by MLTGA

“Kerana itu, menurut anggaran ketua setiausaha perbendaharaan, potensi kehilangan pendapatan tahunan boleh mencecah RM51.3 bilion dan jumlah hutang boleh naik sebanyak RM338 bilion sedangkan tiada anggaran potensi pendapatan lain diberikan,” kata Azrul lagi. – 16 Mac, 2018.

Tajuk Ceritanya - KUAT KONGKEK (18sx).



(Cerita Ni Agak Keterlaluan Harap Jangan Marah)
 
AL-Kisahnya....
 
Ada sepasang suami isteri bernama Syafiq  dan Wani  yg duduk dikampung. Oleh kerana rumah mereka yg terlalu berdekatan dgn jiran tetangga. Maka si suami pun mengajar istilah yang jarang digunakan oleh orang lain. Isteri beliau yang "Sengau" sentiasa menurut kata-kata suaminya itu. So, suatu hari suaminya berkata.. 

Advertised by : MLTGA

Yangg, kalau i cakap KONGKEK maknanya.. kita main yer?.

Isterinya mengangguk sahaja..

Dan pada malam itu si suami kegersangan dan bertanya pada isterinya..

"KONGKEK Boleh Tak Yanggg?".

Si isteri pun ok.

Setelah penat projek, mereka pun mandi bersama. Waktu mandi isterinya yg "Sengau" itu pun berkata...

"Yanggg.. Nak KONGKEK".


Advertised by : MLTGA

Beliau pun terperanjat.. tapi oleh kerana sayangkan isterinya.. beliau pun, buat projek kat toilet itu. Isterinya pun membiarkan sahaja..

Setelah abis isterinya mandi dan berkata pada suaminya.. "Yang nak KONGKEK".

Suaminya berkata.. “Lah tak puas lagi ke?".

Isterinya menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata.. "KONGKEK!, KONGKEK!, KONGKEK!".

Si suami got no choice pun melakukan lagi.


Advertised by : MLTGA

Selepas itu isterinya berkata.. Bole tak awak kasi saya KONGKEK.

Beliau mula naik radang dan tak faham dgn nafsu isterinya. Apabila beliau hendak start lagi.. isterinya pun menahannya..

Saya bukan nak KONGKEK.. Saya nakkkk... 

COLGATE….!!!! 
(Sambil menuding jarinya kearah berus gigi dan ubat gigi diletakkan).

Syafiq dan Wani adalah nama sebenar.., nama digunakan dengan izin tuan punya badan.

Sekian...

Terjumpa cerita ni tadi dekat Asscrews..('',), aku rasa entri ni terlalu 18sx pulak.. derm!!! sori Pakcik. 


Advertised by : MLTGA

Reaksi Najib & Rosmah Nak Keluar Dari Rumah Mewah PERDANA MENTERI Selepas Kalah PRU-14

Reaksi Najib & Rosmah 

Nak Keluar Dari Rumah Mewah 

PERDANA MENTERI 

Selepas Kalah PRU-14


Advertised by : MLTGA


Advertised by : MLTGA

SAYA JUGA PERNAH JADI MANGSA AUKU PEMERINTAH TERDAHULU.

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 

WAWANCARA | Menteri Pendidikan yang baru, Dr Maszlee Malik berazam akan memenuhi manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam tempoh beliau memegang jawatan itu, termasuk janji memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang penuh kontroversi.

Sebagai seorang ahli akademik, beliau berkongsi pengalamannya pernah disekat daripada bercakap di forum dan menyatakan pandangannya secara terbuka.

Maszlee, yang mengangkat sumpah sebagai menteri pendidikan pada hari ini, adalah penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Mac lalu.




"Saya sendiri jadi mangsa AUKU, saya tidak boleh bercakap dengan bebas, saya telah diharamkan".

"Beberapa ceramah saya telah dibatalkan pada minit-minit terakhir. Yang dah lepas biarlah, saya tidak mahu menyebutnya lagi. Mari kita lihat kepada masa depan".

"Ia adalah sebahagian janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan Auku. Sebagai menteri pendidikan, saya akan minta kabinet untuk membolehkan saya membawa usul memansuhkan Auku," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Gambar Hiasan

Ditanya mengenai jangka masa untuk memansuhkan undang-undang berkenaan, Maszlee berkata beliau akan berbincang dengan kabinet tetapi berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh beliau memegang jawatan tersebut.

"Kami akan jadikannya sejarah, dan kami mahu jadikan seluruh negara dan masyarakat akademik merayakan dan mengingatnya sebagai hari yang mengubah sejarah negara," katanya.

Dalam ceramah dasar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac, beliau menjelaskan bahawa kini adalah masa yang tepat untuk memansuhkan akta berkenaan kerana masyarakat kini lebih matang.


Pendidikan Lebih Manusiawi.
Duduk di tengah-tengah kerumunan anggota keluarga dan rakan-rakan semasa berbuka puasa di rumahnya baru-baru ini, Maszlee yang kelihatan ceria menyatakan hasrat beliau dengan penuh semangat untuk membawa persekitaran yang lebih holistik bagi pelajar dan guru dalam sistem pendidikan negara.

"Saya akan cuba bawa unsur-unsur kemanusiaan dalam sistem pendidikan dan pelaksanaannya. Kebahagiaan, kasih sayang, saling menghormati, semuanya itu".

"Kadang-kadang nilai-nilai itu tidak dapat dinyatakan dengan jelas dalam mana-mana dokumen tetapi ia perlu disematkan sebagai sebahagian daripada budaya kita".

Advertised By: MLTGA 

"Kita akan terus memperbaiki cara pengajaran dan pembelajaran".

"Mahathir kata dengan jelas dalam banyak ucapannya dan apabila dia mula-mula berniat untuk menjadi menteri pendidikan, beliau berkata kita perlu kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi".

"Saya fikir itu tugas saya. Saya bertanggungjawab untuk meneruskan apa yang disebut oleh perdana menteri," kata Maszlee.

Mengenai pendidikan sejarah di sekolah, umpamanya Maszlee menegaskan bahawa tujuan subjek berkenaan adalah untuk menanamkan elemen manusiawi dalam diri pelajar.

"Apabila kita mengajar, bukan sahaja sejarah Islam, kita harus melihat nilai sejagat yang boleh kita pelajari. Terdapat beberapa babak sejarah yang penuh dengan kebencian, kemarahan dan keserakahan. Kita tidak perlu ulangi".

"Tetapi sayangnya, sejarah telah diajar di sekolah sebagai sesuatu yang anda perlu menghafal nombor, tahun dan nama yang saya fikir agak membosankan, saya tidak suka, guru dan pelajar tidak suka. Apakah tujuan belajar sejarah? " soal Maszlee.

Advertised By: MLTGA 

Budaya Tekstual.
Mengulas lebih lanjut, Maszlee berharap pendidik dan pelajar tidak lagi mengamalkan budaya yang bergantung terhadap teks.

Beliau percaya bahawa pengalaman manusia melebihi daripada itu.

"Entah macam mana kita terperangkap dalam budaya tekstual, kita cuba melihat segala sesuatu berdasarkan teks".

"Ia harus berasaskan pengalaman yang mendalam, berdasarkan bagaimana kita belajar antara satu sama lain. Itulah yang saya maksudkan, saya selalu menyatakan dengan ayat yang disebutkan dalam Al-Quran, bab 49 ayat 13, bahawa Tuhan mengatakan bahawa Dia telah menciptakan manusia dan kemudian lelaki dan wanita, bangsa, dan suku-suku dengan tujuan untuk mereka saling mengenal dan belajar antara satu sama lain, "jelasnya.

Maszlee juga menyebut bahawa setiap bangsa, kaum, etnik dan agama mempunyai sifat dan nilai baik untuk saling mempelajari antara satu sama lain.

Malangnya, katanya, apabila individu kini meletakkan perbezaan kaum, bangsa dan kepercayaan sebagai identiti politik hingga tidak dapat belajar dan saling mengenal antara mereka.

"Sudah tiba masanya untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, gembira dan ceria! Pelajar kini berasa sangat malas untuk pergi ke sekolah kerana tidak ada keseronokan di sekolah," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Advertised By: MLTGA 

Saturday 19 May 2018

AHLI PARLIMEN MIRI (PKR) USUL BAKAL DIBENTANGKAN PEMANSUHAN AGAMA DALAM KAD PENGENALAN

Miri, Sarawak: Ahli Parlimen bagi kawasan Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang untuk mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan, demikian menurut status Facebook milik ahli Parlimen tersebut.
Menurutnya, “Saya bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen dimana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan di dalam kad pengenalan kita.”
Pendirian ini adalah sejajar dengan tuntutan beberapa pihak sebelum ini yang mahukan supaya kad pengenalan rakyat Malaysia tidak memasukkan maklumat agama. Hanya penganut Islam di Malaysia mempunyai identiti agama di dalam kad pengenalan mereka.
Beberapa kes saman ke atas Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini, telah dibuat oleh individu-individu yang telah murtad dari agama Islam setelah permohonan mereka untuk membuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan mereka gagal.

Read More At: Menara.my


Wednesday 16 May 2018

SENTUH PERASAAN!! RAMADAN PALING MANIS - NURUL IZZAH LUAH RASA GEMBIRA BAPA DIBEBASKAN.

ANAK mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta akhirnya bebas setelah 20 tahun terkurung dalam ‘tirai besi’.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah menerusi Instagram berkongsi gambarnya bersama bapa beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Rata-rata netizen turut tersentuh dan terharu dengan luahan tersebut. Mereka juga kagum dengan Nurul Izzah serta keluarga kerana mampu bersabar puluhan tahun menunggu kebebasan bapa tercinta.
Rindu yang selama ini terbendung, akhirnya dapat diluahkan. Pastinya Nurul Izzah dan keluarga tidak dapat menyekat air mata kegembiraan daripada tumpah.

Menerusi caption, Nurul Izzah meluahkan rasa gembira kerana bapanya telah dibebaskan.
Lebih manis, pembebasan DSAI sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadan. 
Semoga keluarga kesayangan ramai ini terus dapat menabur bakti kepada negara tercinta. – www.SICODEK.com

Ini Blog MLTGA Oil Plus