BESAR, PANJANG, KERAS, TAHAN LAMA, GEBU, MONTOK, LENTIK & ANJAL

Monday, 21 May 2018

SAYA JUGA PERNAH JADI MANGSA AUKU PEMERINTAH TERDAHULU.

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 

WAWANCARA | Menteri Pendidikan yang baru, Dr Maszlee Malik berazam akan memenuhi manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam tempoh beliau memegang jawatan itu, termasuk janji memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang penuh kontroversi.

Sebagai seorang ahli akademik, beliau berkongsi pengalamannya pernah disekat daripada bercakap di forum dan menyatakan pandangannya secara terbuka.

Maszlee, yang mengangkat sumpah sebagai menteri pendidikan pada hari ini, adalah penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Mac lalu.




"Saya sendiri jadi mangsa AUKU, saya tidak boleh bercakap dengan bebas, saya telah diharamkan".

"Beberapa ceramah saya telah dibatalkan pada minit-minit terakhir. Yang dah lepas biarlah, saya tidak mahu menyebutnya lagi. Mari kita lihat kepada masa depan".

"Ia adalah sebahagian janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan Auku. Sebagai menteri pendidikan, saya akan minta kabinet untuk membolehkan saya membawa usul memansuhkan Auku," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Gambar Hiasan

Ditanya mengenai jangka masa untuk memansuhkan undang-undang berkenaan, Maszlee berkata beliau akan berbincang dengan kabinet tetapi berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh beliau memegang jawatan tersebut.

"Kami akan jadikannya sejarah, dan kami mahu jadikan seluruh negara dan masyarakat akademik merayakan dan mengingatnya sebagai hari yang mengubah sejarah negara," katanya.

Dalam ceramah dasar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac, beliau menjelaskan bahawa kini adalah masa yang tepat untuk memansuhkan akta berkenaan kerana masyarakat kini lebih matang.


Pendidikan Lebih Manusiawi.
Duduk di tengah-tengah kerumunan anggota keluarga dan rakan-rakan semasa berbuka puasa di rumahnya baru-baru ini, Maszlee yang kelihatan ceria menyatakan hasrat beliau dengan penuh semangat untuk membawa persekitaran yang lebih holistik bagi pelajar dan guru dalam sistem pendidikan negara.

"Saya akan cuba bawa unsur-unsur kemanusiaan dalam sistem pendidikan dan pelaksanaannya. Kebahagiaan, kasih sayang, saling menghormati, semuanya itu".

"Kadang-kadang nilai-nilai itu tidak dapat dinyatakan dengan jelas dalam mana-mana dokumen tetapi ia perlu disematkan sebagai sebahagian daripada budaya kita".

Advertised By: MLTGA 

"Kita akan terus memperbaiki cara pengajaran dan pembelajaran".

"Mahathir kata dengan jelas dalam banyak ucapannya dan apabila dia mula-mula berniat untuk menjadi menteri pendidikan, beliau berkata kita perlu kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi".

"Saya fikir itu tugas saya. Saya bertanggungjawab untuk meneruskan apa yang disebut oleh perdana menteri," kata Maszlee.

Mengenai pendidikan sejarah di sekolah, umpamanya Maszlee menegaskan bahawa tujuan subjek berkenaan adalah untuk menanamkan elemen manusiawi dalam diri pelajar.

"Apabila kita mengajar, bukan sahaja sejarah Islam, kita harus melihat nilai sejagat yang boleh kita pelajari. Terdapat beberapa babak sejarah yang penuh dengan kebencian, kemarahan dan keserakahan. Kita tidak perlu ulangi".

"Tetapi sayangnya, sejarah telah diajar di sekolah sebagai sesuatu yang anda perlu menghafal nombor, tahun dan nama yang saya fikir agak membosankan, saya tidak suka, guru dan pelajar tidak suka. Apakah tujuan belajar sejarah? " soal Maszlee.

Advertised By: MLTGA 

Budaya Tekstual.
Mengulas lebih lanjut, Maszlee berharap pendidik dan pelajar tidak lagi mengamalkan budaya yang bergantung terhadap teks.

Beliau percaya bahawa pengalaman manusia melebihi daripada itu.

"Entah macam mana kita terperangkap dalam budaya tekstual, kita cuba melihat segala sesuatu berdasarkan teks".

"Ia harus berasaskan pengalaman yang mendalam, berdasarkan bagaimana kita belajar antara satu sama lain. Itulah yang saya maksudkan, saya selalu menyatakan dengan ayat yang disebutkan dalam Al-Quran, bab 49 ayat 13, bahawa Tuhan mengatakan bahawa Dia telah menciptakan manusia dan kemudian lelaki dan wanita, bangsa, dan suku-suku dengan tujuan untuk mereka saling mengenal dan belajar antara satu sama lain, "jelasnya.

Maszlee juga menyebut bahawa setiap bangsa, kaum, etnik dan agama mempunyai sifat dan nilai baik untuk saling mempelajari antara satu sama lain.

Malangnya, katanya, apabila individu kini meletakkan perbezaan kaum, bangsa dan kepercayaan sebagai identiti politik hingga tidak dapat belajar dan saling mengenal antara mereka.

"Sudah tiba masanya untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, gembira dan ceria! Pelajar kini berasa sangat malas untuk pergi ke sekolah kerana tidak ada keseronokan di sekolah," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Advertised By: MLTGA 

No comments:

Post a Comment

Ini Blog MLTGA Oil Plus