BESAR, PANJANG, KERAS, TAHAN LAMA, GEBU, MONTOK, LENTIK & ANJAL

Friday 8 June 2018

Ikut Suka Ahmad Zahid Nak Sokong Mana ~ Tun M.


TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bebas sama ada untuk menyokong atau membangkang kerajaan pimpinan beliau.

Perdana Menteri berkata, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNIada menghubungi beliau, kelmarin dan menyatakan mahu bertemu bagi memberi sokongan kepada kerajaan baharu.

Advertised By MLTGA

“Sudah tentu beliau berminat untuk menyokong kerajaan. (Bagaimanapun) beliau dialu-alukan untuk menyokong kerajaan, beliau juga dialu-alukan untuk membangkang kerajaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Putrajaya.

Advertised By MLTGA

Ditanya sama ada kehadiran Ahmad Zahid itu atas kapasiti Pemangku Presiden UMNO atau Ahli Parlimen Bagan Datuk, Dr Mahathir berkata, ia lebih kepada sebagai Pemangku Presiden.

Kelmarin, Ahmad Zahid memuat naik gambar beliau bertemu dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, melalui laman Instagram miliknya.

Advertised By MLTGA

Difahamkan, pertemuan itu berlangsung selama kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri Dr Mahathir beredar dari YKP menuju Kementerian Kewangan untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018.

Artikel Ini Disiarkan Pada : Jumaat, 8 Jun 018 @ 3:37 PM
Sumber: Metro

Nak Dapatkan MLTGA Oil Plus

No comments:

Post a Comment

Ini Blog MLTGA Oil Plus